CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, November 10, 2008

Disebalik Buta Pekak Dan Bisu


Saya ingin bercerita mengenai kisah adik bernama Nur Anisa, gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.

Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang kerumah. Ibu yang risau dengan keadaannya meminta adik memakai tudung. Namun sering ditolak dan timbul pertelingkahan kecil antara mereka. “ala orang pakai tudung pun perangainya tak senonoh. Selalu keluar dating dengan boyfriend, pegang-pegang tangan. Nis a ni, walaupun tak pakai tak pernah buat macam tu!’’ ibu hanya mampu mengeluh. Kadangkala saya terlihat ibu menangis di akhir malam, dalam qiamullailnya. Terdengar doanya ‘’Ya Allah,kenalkan Annisa dengan hukum –Mu’’ Satu hari, ada jiran baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya Abu Khoiri (bukan nama sebenar).

saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama tinggal berjiran, timbul desas desus yang mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli. Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik . dia bertanya “abang , betulkah orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli? Lalu saya jawab sambil lewa, “kalau nak tau sangat’’pergi rumah mereka Tanya sendiri’’ . rupanya adik benar-benar serius dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah suram atau lesu menjadi pucat lesi. Apa yang berlaku?


Selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh. Berlengan panjang pula. Saya menjadi bingung. Bingung bercampur syukur kepada Allah melihat perubahan yang ajaib. Ya, saya berkata ajaib kerana dia berubah seratus peratus!. Tiada lagi anak muda datang kerumah dan bercakap perkara tak tentu arah. Saya lihat dia banyak termenung banyak membaca majalah islam dan dia menundukkan pandangannya. Segala puji bagi engakau YA ALLAH jerit hati saya.

Tidak lama kemudian saya dapat panggilan untuk bekerja di suatu perrusahaan minyak . dua bulan saya disana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang. Dalam perjalanan saya tak berhenti berdoa agar adik diberi kesembuhan, kerana hanya itu yang mampu saya usahakan. Ketika saya sampai dirumah, dalam esak tangisnya ibu memberitahu . ‘’Dhi adik boleh mengucapkan khalimah syahadah di akhir hidupnya’’. Mendengar itu, air mata tak dapat di tahan lagi. Setelah selesai upaca pengebumian dan lain-lainnya, saya masuk kebilik adik .


Saya lihat diari adik dan terbaca catatan yang begitu menyentuh hati saya. Banyak kesan air mata adik disitu.saya membaca soal jawab adik dengan isteri jiran kami itu. Annisa: aku hairan, wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari.

Lantasku tanyakan “mak cik, wajah mak cik sangat muda dan cantik” isteri jiranku: Alhamdulillah sesungguhnya kecantika itu dari lubuk hati. Sesungguhnya keindahan itu milik Allah. Apabila Allah berkehendakkan semula, siapakah lagi yang boleh menolaknya. Annisa: mak cik selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung tapi saya menolak kerana saya rasa tak ada salah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok banyak wanita yang memakai tudung tetapi kelakuan nya melebihi kami yang tak pakai tudung.

Sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung. Isteri jiranku: annisa sesungguhnya Allah menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan di pertanggunjawabkan di hadapan Allah nanti, tudung adalah perlindungan untuk wanita. Tudung hanyalah kain, tapi hakikat disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami. Annisa : apakah hakikat tudung? Isteri jiranku: hakikat tudung adalah perlindungan zahir dan batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhrim kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia.

Sentiasalah lazimi lidah dengan berzikir kepada Allah, lindungi telinga kamu dari mendngar perkara yang mengundang mudarat baik untuk dirimu mahupum masyarakat, lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk. Lindungi tangan kamu daripada berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdaya i nafsu kamu, lindungi hati kkamu daripada selain Allah. Apabila kammusudah biasa, maka tudung yang kamu pakaii akan menyinari hati kamu. Annisa: tapi macam mana saya hendak berbuat macam itu?

Isteri jiranku: nisa, apabila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah, apabila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan tudung sehingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah. Duhai nisa ingatlah bahawa suatu hari nanti dimana seluruh manusia akan dibangkitkan..ketika ditiup sangka kala yang kedua.

Pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, dan tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan diatas kepala kita namun keadaan gelap gelita , ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempeduli anknya, ank tidak mempedulikan ibunya, sanak saudara tidak mengenali satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh manjadi musuh lantaran satu kebaikkan lebih berharga daripada segala yang berada di alam ini. Ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing-masing hanya mempeduli nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam-macam bentuk manusia yang tergantung amalanya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis kerana hari itu Allah benar-benar murka.

BELUM PERNAH ALLAH MURKA SEBELUM DAN SELEPAS HARI ITU. Hingga ribuan manusia dibiarkan Allah di padang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke timbangan mizan. Hari itulah dipanggil hari hisab. Duhai annisa apabila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab apabila di Tanya oleh YANG MAHA PERKASA.


Di akhir halaman ini ada tulisan kecil yang berbunyi di sebalik buta, tuli, dan pekak, iaitu wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya, wanita yang tidak mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka ALLAH, wanita yang tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mngundang dosa dan sia-sia. …….coretan adikku ternoktah di situ
sumber: nur..

0 comments: