CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, October 28, 2008


ANDAI CINTA

HENDAK DI BERI......

''KASIH MANUSIA sering bermusim...sayang manusia tiada abadi. kasih tuhan tiada bertepi, sayang tuhan janjinya pasti..''
inilah dua baris dari lagu RAIhan..yang cukup tinggi nilaiannya jika kita amati sedalam-dalamnya.. lanataran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya tidak kekal lama, maka PD cuba ketengahkan apa yang sepatutnya dilakukan andai cinta itu hendak diberi..

andai sedikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang lelaki yang boleh bergelar suami, pilihlah seorang lelaki yang....
kuat agamanya
solat fardu tetap dipelihara walau sesibuk mana sekalipun
baik akhlaknya
tegas tetapi berlemah lembut dan bertolak ansur
sopan tutur katanya
hormat pada warga tua
tegas mempertahankan maruah
tidak pergi ke tempat2 yang boleh menjatuhkan maruah dirinya sebagai islam seperti
rumah urut, kelab malam, pub dan bar.
amanah
tidak mengabaikan tugas yang diberi
tidak boros
bukan kedekut tetapi membelanjakan wang dengan bijaksana
setiap nikmat yg ada dikongsi bersama pada yg berhak
tidak liar matanya
perhatikan matanya..sekiranya matanya kerap dan liar memandang pempuan yg lalu lalang
di hadapannya ketika berbicara.. lupakan saja lelaki seperti ini..
carilah yg lain ye...
terbatas pergaulannya
tak mudah menjadi fitnah dunia, dengan menjaga pergaulannya
dan tdk mengambil kesempatan sebagai lelaki
bertanggungjawab
diukur sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibubapa dan ahli keluarganya. jika keluarga sendiri melarat sedang dia mewah
nyata dia bukan calon yg sesuai
tenag wajah
apa yg tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka..
wajahnya tenang setenang sewaktu dia bercakap dan bertndak. dia tdk mudah
melenting dan tidak panas baran
emmmm.... juz nk ingatkan doa adalah senjata utama kita sebagai umat islam...
berharap agar semua wanita menggunakan senjata yang kita miliki ini..untuk memohon pd yg kuasa agar diberikan seorang suami yang boleh bersama-sama mengejar kasih sayang Allah..
itulah tujuan sebenarnya hidup di dunia ini...

0 comments: