Thursday, October 30, 2008
Posted by RENA at 8:17 PM 0 comments
Tuesday, October 28, 2008
ANDAI CINTA
HENDAK DI BERI......
''KASIH MANUSIA sering bermusim...sayang manusia tiada abadi. kasih tuhan tiada bertepi, sayang tuhan janjinya pasti..''
inilah dua baris dari lagu RAIhan..yang cukup tinggi nilaiannya jika kita amati sedalam-dalamnya.. lanataran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya tidak kekal lama, maka PD cuba ketengahkan apa yang sepatutnya dilakukan andai cinta itu hendak diberi..
Posted by RENA at 8:11 PM 0 comments
mencari
manisnya WANITA....
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan2 bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan pada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.
Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayanganya bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek..
PERTAMA, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu pada tempatnya.
KEDUA, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
KETIGA, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan ALLAH RABBUL ALAMIN.
KEEMPAT, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. oleh itu para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
PD ingin berpesan kepada semua wanita di luar sana agar ambillah pengajaran dari semalu walaupun ia hanya tumbuhan yang kecil... betapa islam meletakkan wanita pada kedudukan semanis-manisnya? iangatlah....jika semua saranan Rasulullah ini kita ikuti maka wanita akan menjadi cukup manis...
Posted by RENA at 7:28 PM 0 comments







